Saya mula dengan Dr Hamid bulan 12 2015, bulan 1 2016 saya pun datang haid.
Clomid ni saya kena ambil bermula hari ke-2 period sampai hari ke-6 setiap mlm sebanyak 3 biji. Saya google dulu sebelum mkn clomid sbb mmg dah jadi tabiat nk buat apa akan ku google dulu, Haha. Kebanyakan org mula clomid dgn dos rendah iaitu 50mg bersamaan 1 biji je sehari. Tapi sy Dr Hamid suruh 150mg terus, Was-was dah nk mkn, Ingat nk telefon klinik dulu pe sume tapi saya batalkan niat sebab sy nekad nk ikut je ckp doktor kali ni, Jadi tepat pkul 9 setiap malam saya pun telan 3 biji pil Clomid dgn selawat dan doa2 semoga ianya berhasil.
Saya ada baca side effects Clomid ni macam pening kepala, naik berat badan, hot flush dan sebagainya. Tapi saya kuatkan hati taknak terpengaruh dengan cerita orang. Apa yang saya akan rasa, itulah pengalaman saya sendiri yang akan saya ceritakan. Sebelum tidur, sy mintak suami doakan kejayaan saya dalam 1st cycle ni, solat hajat bagi pihak saya sementara saya haid. Sy mintak family sy doakan jugak.
Saya bernasib sangat baik sebab x alami apa-apa side effect dari Clomid. Mungkin lepas mkn x lama tu tidur, jadi bangun pagi x terasa apa-apa. Jadi korang kat luar sana, ingat tau yang badan kita lain-lain. Jgn sangka buruk-buruk je lepas makan Clomid sbb kata orang, doa Allah permudahkan lebih penting.
Oh ya, dalam bulan 1 ni, sy mkn Clomid serentak dgn mula diet. Sarapan oat, tghari oat, muesli, roti, malam plak mkn nasi sikittt je. Bukan apa, Encik Suami nk berteman bila dia mkn. Hehe. Bawak bekal air lemon, green tea dan mcm2 lagi lah sebab sy nk jd pesakit yang baik, dengar cakap Dr.
So, itu saja kot pengalaman Clomid sy. Saya berharap sgt2 x jalani 2nd cycle pulak.
Semoga kita semua berjaya jadi UMI! InshaAllah,
No comments:
Post a Comment