Friday, February 12, 2016

Doa Insan Kerdil

Assalamualaikum....

Sepanjang Januari saya berdoa dan berdoa semoga berjaya hamil kali ni. Saya dah start sedih bila saya dah mula sakit-sakit dekat breast, biasanya tanda nak datang bulan. Tengok kalendar pun...hurmmm....memang nak 30 hari dah pun. Saya demam, selesema, batuk, sakit-sakit perut. Memang rasa sedih tapi taknaklah putus asa. Masih berharap ini tanda saya akan hamil.

Sakit perut tu di bahagian bawah perut ni, saya tak pernah rasa mcmni tau. Jadi saya pun google simptom2 kehamilan (Padahal memang selalu google pun,,,like i said, habit kan) haha..

So rasanya ada can lah ni! Mcm ada je simptom2nya tapi actually simptom2 yg sy alami ni sama je dengan simpton nak period so xdelah beriya berharap sangat.

Rasa xnak fikir, xnak sedih....saya pun booking nak buat facial dekat spa. Rasa mcm naik ruam kat muka dan kurang berseri. Jadi nak memanjakan diri dan nak happy2 je. Tu matlamat dan azam 2016 saya. Sedih je, stress pe sume...mcm mana baby nk lekat kan? Tapi terpaksa cancel spa sebab nenek sebelah ayah meninggal dunia. Jadi saya dan fmly balik kampung dan sampai sekarang x menjenguk spa. Al-Fatihah untuk arwah nenek. Jadinya simptom bagai tu saya ibarat terlupa dan teruskan hidup mcm biasa.

30/1/2015
Saya bgun subuh, dh xtahan sakit perut terus pergi test UPT. Positif!!!! Alhamdulillah doa insan kerdil macam saya diperkenan Allah setelah bertahun TTC. Doakan saya yer!

Usaha Berurut Peranakan

Assalamualaikum...

Bulan Januari 2016 memang penuh dengan usaha nak berjaya hamil. Clomid jer x jalan, kena pastikan rahim kita pada kedudukan yang cun. Jadi saya pun pergi berurut dengan Kak Su. 
Kak Su ni taklah tua sangat, saya takut berurut dengan nenek tua sebab mak pesan, hati-hati sebab kita tak tau orang tua ni kadang-kadang ada ilmu. To be safe, Kak Su jadi pilihan saya dikenalkan rakan.

Saya enjoy masa berurut, tapi bila Kak Su mula urut bahagian peranakan, uuuuiiiii!!!! sakit beb!
Dia kata peranakan saya ok cuma agak ke kiri sikit, jadi dia gerakkan jadi cun-cun tempatnya bagi senang sperma jumpa. Haha....Saya tak dapat gelak sebab sakit. Dia kata sakit bukan apa, sebab perut saya tebal jadi dia kena tekan-tekan la. 

Alhamdulillah, saya berurut pada hari ke-14 cycle masa tu. Agak-agak sok lusa akan subur tu cepat-cepat buat. Saya nak buat yang terbaik. Biarlah orang nk cakap cukup-cukup la tu usaha banyak-banyak buat apa, tapi saya xnak sesal kemudian. Even mak pun x berapa nk setuju tapi saya nk puas hati mencuba. Biar duit keluar banyak tapi puas hati.

Actually dah plan kalo cycle 1 ni tak berjaya, saya nk berurut kat Mersing. Ada tukang urut dari kenalan jugak yang dengarnya pernah urut sampai mengandung. Tapi sebab masa suntuk, cuti pulak xde, buat yang terdekat dulu dengan Kak Su ni. Dekat sgt, sebelah apartment i je uollls. Jalan kaki saja, Alhamdulillah Allah permudahkan. 

P/S: kalau perasan, kebanyakan post saya ni pada bulan Februari kan? Saya menulis banyak-benyak terus dalam sehari. Masa ada mood ni lah menulis. Hehe.

Semoga kita semua berjaya jadi UMI! InshaAllah,

Usaha dengan OPK

Semenjak mula rawatan dengan Clomid, saya kena peka bila masa saya berovulasi atau ayat mudah, waktu subur saya. Saya memang ada stok OPK ni, tapi korang boleh beli online je. Murah pun murah. 

Bila nk guna? 
Dalam hari ke-10 dalam cycle tu dah boleh guna OPK setiap hari sampailah jadi Positif ye. Puasa air beberapa jam sebelum test ye. Biasanya petang-petang saya buat.

Nak tahu tak, saya salah rupanya baca OPK ni. Patutlah memanjang je negatif. Rupa2nya kena tunggu dalam 5 minit baru baca. Saya pulak dh celup dalam urin, terus cek pastu buang. Sangat bijak kan. HAHAHAHA.....membazir jer.


OPK ni lain dari UPT sebab memang akan keluar jugak 2 line. Tapi untuk positif subur, Test Line tu mesti sama terang atau lebih terang dari Control Line. UPT pulak bila positif baru keluar 2 line, x kisah samar atau terang. Jadi jangan terkeliru ye.
Walaupun saya cek x pernah positif sebab salah cara, saya redah je, Saya bersama Encik Suami ikut gerak hati. Rasa mcm harini, so harinilah. Rasa mcm esok, so esok lah. Memang serah pada Allah je untuk wujudkan keajaiban. InshaAllah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Semoga kita semua berjaya jadi UMI! InshaAllah,

Pengalaman Clomid Cycle 1

Saya mula dengan Dr Hamid bulan 12 2015, bulan 1 2016 saya pun datang haid.

Clomid ni saya kena ambil bermula hari ke-2 period sampai hari ke-6 setiap mlm sebanyak 3 biji. Saya google dulu sebelum mkn clomid sbb mmg dah jadi tabiat nk buat apa akan ku google dulu, Haha. Kebanyakan org mula clomid dgn dos rendah iaitu 50mg bersamaan 1 biji je sehari. Tapi sy Dr Hamid suruh 150mg terus, Was-was dah nk mkn, Ingat nk telefon klinik dulu pe sume tapi saya batalkan niat sebab sy nekad nk ikut je ckp doktor kali ni, Jadi tepat pkul 9 setiap malam saya pun telan 3 biji pil Clomid dgn selawat dan doa2 semoga ianya berhasil.

Saya ada baca side effects Clomid ni macam pening kepala, naik berat badan, hot flush dan sebagainya. Tapi saya kuatkan hati taknak terpengaruh dengan cerita orang. Apa yang saya akan rasa, itulah pengalaman saya sendiri yang akan saya ceritakan. Sebelum tidur, sy mintak suami doakan kejayaan saya dalam 1st cycle ni, solat hajat bagi pihak saya sementara saya haid. Sy mintak family sy doakan jugak.

Saya bernasib sangat baik sebab x alami apa-apa side effect dari Clomid. Mungkin lepas mkn x lama tu tidur, jadi bangun pagi x terasa apa-apa. Jadi korang kat luar sana, ingat tau yang badan kita lain-lain. Jgn sangka buruk-buruk je lepas makan Clomid sbb kata orang, doa Allah permudahkan lebih penting.

Oh ya, dalam bulan 1 ni, sy mkn Clomid serentak dgn mula diet. Sarapan oat, tghari oat, muesli, roti, malam plak mkn nasi sikittt je. Bukan apa, Encik Suami nk berteman bila dia mkn. Hehe. Bawak bekal air lemon, green tea dan mcm2 lagi lah sebab sy nk jd pesakit yang baik, dengar cakap Dr.

So, itu saja kot pengalaman Clomid sy. Saya berharap sgt2 x jalani 2nd cycle pulak.

Semoga kita semua berjaya jadi UMI! InshaAllah,

Klinik Dr Hamid Arshat - Temujanji Kedua

Rentetan dari temujanji pertama, saya jalani HSG X-Ray dan sekarang temujanji kedua pulak!
Yeayyy, excited sebab 1 step dah lepas. Sy sebenarnya tak ingt letak mana bil masa temujanji pertama tapi dalam rm400 lebih jugak lah habis. wuwuwu....

Sama mcm temujanji pertama, yang kedua ni ada ambil tekanan dan timbang berat jugak. Saya sebenarnya dah tahu ada darah tinggi tapi klinik kesihatan refer pakar sakit puan di Hospital Selayang sebab katanya takut masalah hormon. Jadi bila cek BP kat Klinik Dr Hamid pun mmg agak tinggila bacaannya. Sedihnya sebab saya xlah tua sangat, muda lagi tp sebab kerja tension dan saya pulak jnis suka fikir.

Masuk je jumpa Dr Hamid, dia review result x-ray saya tempoh hari. Alhamdulillah xde tersumbat kat mana-mana. Memandangkan sperma suami ok, tiub saya x tersumbat jadi Dr Hamid kata sepatutnya sperma xde masalah jumpa ovum. Cuma dia highlight pasal berat badan dan bacaan tekanan darah saya. Dia suruh diet, jgn mkn bergoreng, jgn mkn kuih2, kira jaga makan lah. Saya angguk2 sebab saya da nekad memang start je berubat dgn Dr Hamid ni, sy xnk duit sy rugi, peluang sy sia2. Apa patut sy buat, inshaAllah mmg sy akn cuba buat sehabis baik.

Dr Hamid bekalkan ubat darah tinggi utk stok 2 minggu, dan pil subur Clomid utk 2 cycle. Saya dgr Clomid je dah excited. Dalam hati ini peluang! Sbb sy ada PCOS jd telur xdpt matang, x subur dan Clomid inshaAllah membantu. Tp Dr pesan, kalo Clomid x berjaya, kena jalani laparoscopy. Korang boleh google pebenda nih. So a bit sad kat situ. Xpe, kita cuba apa saja kan!!!!

Bil sume dalam RM105. Murahla sikit dari sebelum ni, Saya pun pulang dengan 1001 harapan yang menggunung. Semoga Allah permudahkan.

Semoga kita semua berjaya jadi UMI! InshaAllah,

HSG X-Ray

Assalamualaikum.....

Lama saya menyepi sebab mood nk menulis mmg dari muda kejap ada, kejap takde.
Ok, lepas temujanji pertama dengan Dr Hamid, saya ada tulis yg saya kena buat HSG X-Ray kan?
So....xnak buang2 masa...sehari lepas jumpa Dr. Hamid saya terus pergi buat prosedur tu. Disebabkan saya tak telefon hari sebeleumnya nk datang, pagi tu sebelum bertolak baru saya telefon dan bagitau. Pihak Klinik Daya terima alhamdulillah.

Lokasi Daya X-Ray Specialist ni dekat Jalan Raja Laut, depan bangunan KWSP kalau x silap saya. Pagi-pagi suami drop sy depan klinik dan dia terus pergi kerja. Oh, sy pergi tu hari Sabtu. Itu yg kena datang pagi-pagi sebab klinik smpai pkul 12.30 je rasanya. Nombor telefon ada pada refer letter dari Klinik Dr. Hamid. Saya masuk klinik dengan penuh debaran. Sebelum terlupa, sy dibekalkan dengan ubat insert kat dubur tau oleh Dr. Hamid yang mesti diletakkan 30 minit sebelum x-ray ni. Ada antibiotik dan ponstan sekali kalau x tahan sakit. Huh!! seram kot sebab untuk HSG X-ray ni je da mcm2 ubat dapat. Sakit ke? Tunggu.....

Masuk, letak refer letter kat kaunter dan tunggu je lah.
Alhamdulillah tunggu pun idakler lama, tp berdebar tu Allah je yang tahu, Dahlah sorang2 kan. Plannya nk Encik Suami teman sbb saya mmg takut klinik, hospital, doktor dan seangkatan dengannya. Very the Manja sangat kan? so what? Hahaha...Nak zuriat punya pasal, saya kuatkan diri.
Masuk tu saya cakap dengan nurse, nurse ke apa xpasti jawatan diorg, sy nk insert ubat tu. Dia tunjuk toilet and saya teruskan niat. Selesai je, saya keluar dan disuruhnya pakai baju yang diorg sediakan. Ala mcm baju nk x-ray biasa tu lah. Disuruh baring, saya pun baring. Sempat lagi tanya sakit ke tak, lama ke x...diorang cakap sakit sikit dalam 15 minit boleh selesai. Dalam 30 min jugak den terbaring tu...kaki tangan semua sejuk. Doktor x sampai lagi, Then tiba2 dgr suara doktor...ok masa ni byk selawat saja, doa x sakit sangat.

Nak kata x segan, tipu la kalo x segan. Tp niat sy nk usaha selagi boleh! Nk tawakal ke apa ke biar sy puas hati usaha dulu. Mula-mula doctor mcm amik gambar bhgian rahim. Then dia mula!
WOwowwww! masa dikuak buka nk masukkan tiub tu, sy kesakitan kot, Dok ckp sakit, sakit...x dilayan, Haha,,,so saya tahan je la. Mujur x lama dia terus masukkan tiub. Part ni tipsnya jgn keraskan bhgian bawah badan kita tu. Relax jer, sakit mcmana pun kalau kita relax, otot lembut dan x melawan. Masa dia flush dye ikut tiub masuk tiub fallopio kiri dan kanan...ni nanti korang akan rasa mcm cramp perut, ala2 senggugut gitu. X sakit tp x selesa. Bdn pun kena mengiring ke kiri, ke kanan. Doktor akan tunjuk kat skrin mn dye tu pergi. Saya x fokus pun sbb menahan cramp.

Doktor kata siap! dlm 5 minit gitu je, Dia kata Very Fast, Very Good! Alhamdulillah Allah permudahkan. Then nurse serah pad sebab akan ada bleeding utk beberapa hari. Terus sy masuk toilet, cuci2 sikit then pakai pad. Bayaran dalam RM200 jugakla. Harap yang terbaik!

Semoga kita semua berjaya jadi UMI! InshaAllah,