Assalamualaikum.
Sebelum mula, saya nak terangkan yg TTC saya ni bermula sejak bulan pertama lepas kami suami isteri menikah sebab saya sedar kitaran haid yang tidak menentu sejak anak dara akan mendatangkan sedikit kesulitan untuk dapatkan cahayamata. Even sebelum kawen, saya dah maklumkan hal ni pada Encik Suamiku dan dia faham.
Hari demi hari...
Minggu demi minggu...
Bulan demi bulan...
Tahun demi tahun...
Berusaha, berharap tapi masih belum ada rezeki. Nak cerita usaha-usaha sebelum ni pun x guna sbb x berhasil.huk2...
Jadi saya akan mula kongsi TTC saya bermula dgn Dr Hamid Arshad sebab sy nekad akan teruskan dgn beliau smpai dah x mampu dari segi kewangan dan lain-lain.
Temujanjinya boleh melalui call shj. Tak silap sy, lepas 4 bulan baru tarikh temujanji saya tu iaitu pada Jumaat, 18/12/2015. Saya diatur untuk sesi petang iaitu pada 2.15 ptg. Tapi, kalau korang free sebelumnya, boleh je dtg awal sikit dari 2.15 ptg sbb klinik ni akan ada gntung kertas kat pintu untuk korang tulis nama since konsepnya 1st come 1st serve. Mcm sy, semangat terlebih so datanglah pukul 11.30. Mujur diorg layan so sy dftar, isi borang, cek tekanan darah dan bersoal jawab dalam 5 minit. Then diberinya kertas untuk saya tulis nama. Kiranya sayalah org pertama utk sesi petang. Hehe.
Buat pengetahuan korang, masjid adalah sangat dekat dgn klinik. Nak jalan kaki pun ok sbb parking kat dpn klinik mmg ssh dapat nak2 sesi petang. Bayar parking then suami pergi solat jumaat jalan kaki. Saya? Saya lepak je dalam kereta.
Dalam 2.30ptg kami suami isteri pun naik. Disebabkan saya dah dftar pe semua...so duduk je la tunggu dipanggil. Prosedur yang pertama ialah scan ikut bawah. Haha,,,TVS kot namanya, Dah pernah buat masa di Hospital Selayang sebelum ni, jadi saya relaks je kali ni. Tipsnya just tarik nafas dalam-dalam masa mula-mula alat tu masuk, bertenang dan jangan keraskan badan. Bila otot lembut pe sume, proses jadi sangat mudah dan cepat.
Then jumpa dgn Dr Hamid Arshad sendiri. Teruja sbb dah lama admire hasil kerjanya. Dia terangkan saya ada PCOS yg mana saya dah tahu tahun lepas lagi. Lepas terangkan serba sedikit kondisi dan peluang untuk hamil,Dr Hamid suggest untuk suami buat Sperm Analysis dan saya buat HCG X-Ray. Disebabkn dah petang, suami je setelkan Sperm Analysis....sy pulak buat HCG keesokan harinya.
Hasilnya, sperma suami didapati normal. Maknanya memang saya je mendatangkan masalah. Takpelah, sabar kan.
Pasal bil dan HCG, saya sambung next entry.
Semoga kita semua berjaya jadi UMI! InshaAllah,